MUJAHID HARAKI - JILUL QURAN

"...Kita bukanlah pemula atau pengakhir perjuangan Nabi s.a.w tapi, kita adalah mata-mata rantai pada perjuangan Rasulullah..

Wednesday, February 13, 2008

10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

1>> Wahai ikhwani, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang walaupun di saat genting dan cemas.

2)Wahai ikhwani, bacalah al-Quran dan cuba perhatikan isi kandungannya, selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan, sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di situ ada ketenteraman di situ ada kedamaian disitu ada kesalaman maka jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai ikhwani, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai ikhwani, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5)Wahaiikhwani, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai ikhwani! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh. Hanya disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing. Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6)Wahai ikhwani, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai ikhwani, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh bahkan menyakit hati orang lain
pula. Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...Jangan keraskan suramu dalam solat tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai ikhwani, Usahlah umpat- mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai ikhwani, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai ikhwani, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI HATI KAMI
DI DALAM PANJI AGAMA ISLAM
DAN
KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI.
KUPOHON PADAMU YANG MAHA PENGASIH,
JANGAN KAU PALINGKAN HATI KAMI
SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR KEPADA KAMI.
MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home